Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 30 Januari 2018

Kerjasama FMLLP, iflix jana pendapatan RM100 juta

SEMUA pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini bakal menerima manfaat melalui kerjasama Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan penyedia perkhidmatan televisyen internet, iflix yang dianggarkan bernilai RM100 juta selama 10 tahun.

Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, dianggarkan sebanyak RM10 juta akan diagih­kan kepada semua pasukan yang bertanding setiap tahun bagi membolehkan mereka melakukan penstrukturan pasukan serta pemba­ngunan belia.
“Sudah tentu wang hasil hak pe­nyia­ran akan diedarkan kepada pasukan yang bertanding dalam Liga M. Sekiranya masalah kewangan dapat diatasi, pasukan tidak perlu bergantung sepenuhnya pada kerajaan ne­geri.
“Manfaat yang diberikan juga membolehkan setiap pasukan menggunakan dana tersebut untuk pemba­ngunan belia dan pasukan. Selain itu, menerusi dana yang telah diperuntukkan, ia dapat mengelakkan daripada gejala rasuah,” titah baginda pada sidang akhbar pengumuman kerjasama FMLLP dengan iflix di Hotel Thistle, Johor Bahru semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, Pengerusi dan Pengasas Bersama Kumpulan iflix, Patrick Grove dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iflix, Mark Britt.
Menerusi kerjasama itu, peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan kesemua 132 perlawanan Liga Super dan 64 perlawanan Piala Malaysia secara langsung secara percuma tahun ini
Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertitah, kerjasama itu akan merealisasikan hasrat baginda untuk memberi semula sukan bola sepak kepada rakyat.
Titah baginda, dunia kini mema­suki era digital, jadi sukan bola sepak juga perlu berubah sama ke arah itu.
“Ini merupakan antara hasrat saya ketika mula memegang jawatan selaku Presiden FAM. Kerjasama ini selari dengan impian kami untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti bola sepak tanah air,” titah baginda.
TUNKU ISMAIL (tengah) pada sidang akhbar selepas majlis perjanjian kerjasama FMLLP dengan iflix di Johor Bahru semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan