Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 24 Januari 2018

Kim Swee jalani latihan di Sepanyol

JOHOR BAHRU 24 Jan. - Ketua Jurulatih Skuad bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee akan dihantar mengikuti kursus ke Kelab Atletico Madrid di Sepanyol pada Mac ini bagi memantapkan lagi kemahiran kejurulatihan.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Kim Swee akan dihantar ke negara berkenaan mengikut perancangan yang dibuat sebelum ini sejajar usaha menjamkan lagi kemahiran beliau.
“Kim Swee akan ke Sepanyol pada Mac ini melalui perancangan yang telah dibuat sejak enam bulan lalu bagi membolehkan beliau memahirkan lagi skil dan pengetahuannya dalam bidang kejurulatihan.

“Beliau mungkin akan dihantar ke Athletico Madrid untuk tempoh sebulan atau dua bulan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Books Of Records kepada Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE NURUL HUDA HASSAN
Datuk Ong Kim Swee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan