JOHOR BAHRU 19 Jan. - Football Malaysia Limited
Liability Partnership (FMLLP) hari ini menandatangani memorandum persefahaman
(MoU) dengan liga bola sepak Sepanyol, La Liga dalam usaha memartabatkan bola
sepak tanah air.
Kerjasama selama tiga tahun ini turut melibatkan
pelaksanaan Blueprint 50 Tahun bagi meningkatkan mutu sukan tersebut.
Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
berkata, blueprint itu akan merangkumi kesemua aspek dalam liga tanah air.
“Blueprint ini disusun oleh La Liga berdasarkan
apa yang mereka rasakan sesuai untuk liga tempatan,” katanya yang juga Tunku
Mahkota Johor.
Beliau berkata demikian
dalam sidang akhbar di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINETUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM (tiga dari kanan) bergambar bersama wakil La Liga selepas menandatangani MoU antara FMLLP dengan La Liga di Hotel Thistle, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan