KETUA
jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengesahkan akan ke China, esok bagi
menyaksikan Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) AFC 2018 membabitkan skuad muda
negara.
Cheng
Hoe menjelaskan, tujuan utamanya ialah memantau dan menilai barisan pemain
skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sebagai persediaan diserapkan dalam skuad
senior Harimau Malaya.
Malah,
bekas pengendali Kedah itu percaya kejohanan berkenaan memberi peluang terbaik
untuk beliau melihat sendiri kemampuan pemain muda negara beraksi di peringkat
antarabangsa selain bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M).
“Mungkin
saya akan berada di sana (China) sehingga tamat saingan kumpulan dan
menyaksikan tiga perlawanan membabitkan pasukan negara.
“Sepanjang
aksi itu saya boleh melihat sendiri persembahan barisan pemain muda kita kerana
dalam skuad itu juga ada beberapa pemain pernah dipanggil menyertai skuad
senior sebelum ini.
“Malah,
kebanyakan pemain dalam skuad itu mempunyai kualiti walaupun masih muda. Jadi,
jika mereka bermain bagus, sudah pasti saya akan memberi peluang untuk mereka
sertai skuad senior pula,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Anak
buah Kim Swee akan memulakan saingan Kumpulan C berdepan Iraq pada Rabu ini
sebelum menentang Jordan (Sabtu) dan Arab Saudi (16 Januari).
Beberapa
pemain termasuk Adam Nor Azlin, Nor Azam Azih, Syamer Kutty Abba dan Safawi
Rasid adalah antara pemain skuad B-23 dalam skuad Harimau Malaya mengharungi
aksi kelayakan Piala Asia 2019 sebelum ini.
Setakat
ini, Cheng Hoe yang dilantik mengemudi skuad kebangsaan awal bulan lalu selepas
Nelo Vingada melepaskan jawatan, masih belum berpeluang untuk menguji Harimau
Malaya.
Namun,
ketika ditanya mengenai perancangannya untuk Harimau Malaya, Cheng menjelaskan
ia masih di peringkat awal.
“Beberapa
perancangan untuk skuad kebangsaan sudah ada, cuma ia masih belum
dimuktamadkan,” katanya.
Skuad negara akan
mengharungi aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Lubnan pada Mac
ini selain bakal mengharungi kejohanan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan