PERTAHANAN negara, Adam Nor Azlin menggesa rakan sepasukan
supaya membuktikan mereka bukan 'lubuk' untuk pasukan lain mendapat mata dalam
saingan Kumpulan C Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23)
Tahun di Changshu, China.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bakal berdepan ujian sulung
apabila bertemu juara 2013 Iraq esok, sebelum menentang Jordan (13 Januari) dan
Arab Saudi (16 Januari).
Malaysia, wakil dari Asia Tenggara tampil buat kali pertama pada
pusingan akhir itu dan jika dibandingkan dengan tiga lagi pasukan berkenaan,
sememangnya skuad negara tidak diletakkan banyak harapan.
Namun, Adam yang kemungkinan bakal bertindak sebagai kapten
andai seorang lagi pertahanan Adib Zainudin tidak diturunkan, tidak peduli
dengan andaian awal ramai pihak itu.
"Saya percaya semua pasukan memandang rendah (pasukan
Malaysia) kerana kita jarang layak ke kejohanan besar di peringkat Asia. Kita
tak perlu ambil peduli, kita kena tunjuk dalam padang.
"Mereka boleh pandang rendah kita, tapi esok tengok siapa
lebih bagus, fokus dan berdisiplin," katanya selepas sesi latihan rasmi di
Stadium Changshu hari ini.
Adam bagaimanapun tidak mahu rakan sepasukan mengambil mudah
apabila lawan akan turun tanpa khidmat penyerang utama, Aymen Hussin yang
menjalani penggantungan.
"Ia bukan satu kelegaan saja, malah akan menjadi motivasi
jika kita tak dibolosi. Walaupun mereka tidak dapat menurunkan penyerang utama,
tapi saya percaya pemain simpanan mereka juga ada kualiti.
"Jadi, saya harap semua pemain dapat berikan kerjasama
andai kita mahu melakukan kejutan," kata Adam yang bakal beraksi bersama
Johor Darul Ta'zim.
PERTAHANAN negara, Adam Nor Azlin menggesa rakan sepasukan supaya membuktikan mereka bukan 'lubuk' untuk pasukan lain dalam saingan Kumpulan C Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun di Changshu, China.
SKUAD B-23 negara pada sesi latihan rasmi di Stadium Changshu.
SKUAD B-23 negara bakal berdepan ujian sulung apabila bertemu Iraq,
esok.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan