Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 16 Januari 2018

Beranilah seperti Barcelona – Danial Amier

KUNSHAN, China – Pemain te­ngah skuad B-23, Muhammad Danial Amier Norhisham menyifatkan pasukan negara memerlukan keberanian tinggi sama seperti kelab gergasi La Liga, Barcelona menjelang aksi terakhir Kumpulan C Kejuara­an AFC B-23 bertemu Arab Saudi di Stadium Kunshan.
Hari ini, skuad muda negara di ambang melakukan sejarah baharu bola sepak tempatan sekiranya layak ke pusingan suku akhir de­ngan syarat menumbangkan pa­sukan bimbingan Daniel Teglia itu.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mula menjadi perhatian selepas kejayaan mengikat Jordan 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan C Sabtu lalu yang mana ramai pemerhati menganggap pasukan negara telah berjaya membayangi persembahan pemenang tempat ketiga Kejuaraan AFC B-23 edisi pertama itu di Stadium Changshu.
Danial Amier yang memainkan peranan penting buat gol negara ketika menentang Jordan apabila bijak membuat hantaran kepada Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang dijatuhkan lawan sebelum Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-43, optimis pasukan muda negara mampu mengulangi prestasi cemerlang itu ketika berdepan Arab Saudi.
“Apa yang semua peminat nampak itu benar dan secara peribadi, saya rasa kita sudah berani bermain hantaran pendek walaupun kami kena asak dengan pasukan lawan tetapi kami masih berani berbuat demikian.
“Kami mahu bermain lagi (kaedah) hantaran pendek tetapi pada masa sama, kami mahu lebih berani dan yakin untuk buat hantaran pendek. Kami tahu sebenar­nya kita mampu berbuat demikian.

“Cuma kita dapat menyerap ‘jiwa Barcelona’ (bermain hantaran pendek dengan baik) dalam tempoh sekejap sahaja dan saya berharap kita akan lebih berani ketika berdepan Arab Saudi,” kata­nya.
DANIAL AMIER tekad memberikan aksi terbaik pada perlawanan menentang Arab Saudi di Kunshan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan