PENYERANG muda negara,
Akhyar Rashid bersedia menggalas tugas menggempur kubu Jordan pada aksi kedua
Kumpulan C Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Stadium Changshu, esok.
Pemain lincah berusia 18
tahun itu mungkin menjadi taruhan pengendali, Datuk Ong Kim Swee selepas N
Thanabalan mengalami kecederaan hamstring ketika tewas 1-4 kepada Iraq dalam
perlawanan pembukaan kelmarin.
Biarpun hanya masuk sebagai
pemain gantian, kehadiran Akhyar memberi impak kepada permainan skuad negara
apabila dia banyak melakukan larian serta mencipta peluang Safawi Rasid
menjaringkan gol pada minit ke-79.
"Perlawanan kelmarin
saya masuk selama 30 minit, rasa kurang puas hati sebab masuk pun rentak
permainan sudah laju, cuaca sejuk memang sukar bernafas dan lambat dapat
rentak. Tapi dari segi permainan semua OK cuma kena kurangkan kesilapan.
"Untuk perlawanan esok
menentang Jordan, saya harap dapat bermain dalam kesebelasan utama sebab
Thanabalan cedera jadi ada kelebihan untuk saya," katanya ketika ditemui,
hari ini.
Bagaimanapun ia bukan tugas
mudah berdepan Jordan yang berkongsi satu mata apabila seri 2-2 dengan Arab
Saudi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C.
Jordan, yang menduduki
tempat ketiga pada edisi pertama 2013 dilihat lawan setara seperti bekas juara
Iraq dan bagi Akhyar, mereka perlu melakukan sesuatu jika mahu mencipta
kejutan.
"Saingan sama macam
Iraq, dari segi fizikal memang kami kalah, cuma kami kena gerakkan bola, bantu
pasukan serta kurangkan kesilapan sendiri," katanya.PENYERANG negara, Akhyar Rashid bersedia menggalas tugas gempur kubu Jordan pada kedua di Stadium Changshu, esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan