KETUA jurulatih
skuad B-23 Iraq, Abdul Ghani Shahad mengakui beliau tidak panik ekoran
kehilangan khidmat penyerang berbisa mereka, Aymen Hussein Ghadhban dan pemain
tengah, Ahmed Mohsin Jaber Al-Tabbi menjelang pertemuan dengan Malaysia pada
Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 bertemu Iraq dalam aksi
pertama Kumpulan C di Stadium Changshu hari ini.
Aymen yang meledak enam gol sepanjang
kempen kelaya-
kan Kumpulan B
Kejuaraan B-23 dilayangkan kad merah ketika menentang Arab Saudi pada Julai
lalu, sekali gus tidak dapat diturunkan ketika aksi bertemu Malaysia (hari ini)
dan Arab Saudi pada Sabtu.
Sementara itu, Ahmed Mohsin pula digantung
satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning sepanjang tiga aksi kelayakan
Kumpulan B Kejuaraan AFC B-23 tetapi Abdul Ghani mendedahkan, ketiadaan mereka
tidak menjadi masalah besar buat skuad kendaliannya.
“Saya tidak perlu bimbang kerana masih ada
beberapa pemain yang boleh mengisi kekosongan mereka tetapi saya mahu
mengatakan bahawa kami sangat gembira berada di sini.
“Persiapan kami berada dalam keadaan
terbaik dan berharap kami dapat menjadi juara, sekali gus menggembirakan rakyat
Iraq. Kami mahu lupakan kejayaan memenangi edisi pertama AFC B-23, sebaliknya
kami mahu fokus dan bermain lebih bagus.
“Saya fikir kesemua pasukan memiliki
peluang seimbang dan kami sudah pasti bersedia untuk menyahut cabaran itu.
Sudah pasti kami akan fokus kepada perlawanan, kami tahu Malaysia adalah
pasukan bagus dan memiliki keputusan bagus dalam aksi kelayakan. Kami tidak
mahu memandang rendah terhadap Malaysia dan sudah pasti kami berharap dapat
bermain baik untuk mengutip tiga mata,” katanya.
PASUKAN
Iraq tidak bimbang kehilangan Aymen dan Ahmed Mohsin yang digantung perlawanan
kerana sudah ada pemain yang bakal mengisi kekosongan posisi mereka apabila
bertembung dengan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan