Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 26 September 2020

UiTM nyaris 'kuliahkan' Selangor

 


Pemain Selangor, Rifino Segovia Del Burgo (kiri) cuba melepasi penjaga gol UiTM FC, Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM: Sepakan penalti minit akhir menyelamatkan Selangor daripada dimalukan pendatang baharu, UiTM FC selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Pada aksi yang turut digelar 'Derbi Pengendali Jerman' itu, Selangor yang dibimbing Micheal Feichtenbeiner dipaksa 'berpeluh' selepas mensia-siakan kelebihan dua gol yang dimiliki dan ketinggalan pada pertengahan babak kedua.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada anak buah Frank Bernhardt yang berjaya membuktikan betapa mereka tidak boleh di pandang enteng selepas mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol dan berjaya mendahului sebelum penalti meranapkan impian mata penuh mereka.

Pada aksi terbabit, Selangor beroleh permulaan memberangsangkan apabila mendahului perlawanan selepas hantaran Sandro da Silva disudahkan penyerang prolifiknya, Ifedayo Olusegun untuk gol pembukaan perlawanan pada minit ke-23.

Ketika babak pertama seakan berkesudahan dengan 1-0, rembatan deras Sandro dari luar kotak penalti pada minit kelima masa tambahan gagal ditangkap penjaga gol UiTM FC, Mohd Azfar Arif Mohd Sukri sekali gus membolehkan Selangor mendahului 2-0.

Bersambung babak kedua, UiTM FC hanya memerlukan tiga minit untuk merapatkan jurang Gustavo melakukan penyudah akrobatik untuk menjadikan keputusan 2-1 sebelum dia sekali lagi merobek gawang Selangor untuk mengikat kedudukan 10 minit berselang.

Berjaya mengikat kedudukan, semangat UiTM FC terus membuak-buak dan mereka akhirnya mendahului perlawanan selepas Rabih Ataya meledak gol ketiga mereka pada minit ke-62.

Ketika UiTM FC di ambang kemenangan, Selangor beroleh 'talian hayat' apabila bola terkena tangan pemain UiTM FC dan sepakan penalti yang dihadiahkan mudah disempurnakan Ifedayo untuk menjadikan kedudukan 3-3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan