Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 27 September 2020

Tunggakan gaji Lang Merah diselesaikan sebelum 30 September

 


Muhammad Sanusi Md Nor

TUNGGAKAN gaji pemain Kedah selama tiga bulan akan dijelaskan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebelum 30 September ini.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tungakkan itu membabitkan bulan April, Mei dan Jun manakala gaji semasa pemain dan jurulatih pula sudah dibayar.

Menteri Besar Kedah itu berkata, gaji semasa tersebut adalah membabitkan bulan Julai, Ogos, September dan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melunaskannya.

"Gaji tunggakan untuk April, Mei dan Jun yang tertunggak akan kita selesaikan sebelum 30 September ini," katanya.

Tambah Muhammad Sanusi, KFA sedang mendapatkan persetujuan pemain bagi melengkapkan urusan pelesenan termasuk menghantar surat kepada FAM semalam.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan pembayaran gaji tunggakan tersebut mampu meningkatkan lagi motivasi pemain-pemainnya untuk memberikan aksi terbaik pada baki saingan Liga Malaysia 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan