Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 25 September 2020

Solihin sudah tiada

 

Solihin menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi. Foto Ihsan TFC

KUALA TERENGGANU: Bekas arkitek pasukan Terengganu City FC (TCFC), Muhammad Solihin Mahamad, 24, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam tadi akibat serangan jantung.

Abang ipar Allahyarham, Mohd Sayuzi Mansor berkata, Solihin yang pernah mendapat tawaran menyarung jersi pasukan Liga Super Selangor musim lalu sebelum itu rebah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ketika aksi persahabatan Selasa lalu.

"Pada malam Selasa lalu, arwah rebah sebelum muntah dan pengsan di padang selepas kira-kira 20 minit beraksi mewakili pasukannya, Gong Parit FC menentang Tualang FC pada aksi persahabatan sebelum dikejarkan ke HSNZ Kuala Terengganu.

"Selama tiga hari dirawat di HSNZ, arwah yang masih bujang tidak sedarkan diri sebelum menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi dan disahkan akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi.

Sayuzi berkata, anak bongsu daripada lapan beradik sebelum itu ada menyatakan hasrat untuk menyarung jersi pasukan Liga Perdana atau Liga Super Terengganu kerana itu impiannya sejak kecil untuk mewakili pasukan negeri kelahirannya.

"Arwah yang berasal dari Kampung Bukit Depu, selamat dikebumikan pada jam 9 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam kampung berkenaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan