Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 26 September 2020

Setiawangsa Rangers FC lancar jersi baharu

 

Uploading: 951372 of 951372 bytes uploaded.

Nik Nazmi (enam dari kanan barisan belakang) dan Khusairi (lima dari kanan barisan belakang) bergambar bersama penaja dan model yang menggayakan jersi baharu Setiawangsa Rangers FC.

KUALA LUMPUR: Ketika kelab bola sepak lain bergelut ketika pandemik COVID-19, Setiawangsa Rangers FC (SRFC) membuktikan mereka mampu bertahan dan mengharungi pandemik itu.

Buktinya, hari ini mereka melancarkan jersi baharu dan lebih menarik, mereka turut berjaya menarik perhatian sembilan penaja iaitu CRSC Group, Amaxmall, AirAsia, Sunway Avilla, Skyworld, Orangkata.my, Sri Ternak Food Mart, Shortea Barbershop dan Voltagehub menaja mereka.

Penaung SRFC merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui berbangga dengan pencapaian kelab itu apabila sudah dikenali dan digeruni kawan mahupun lawan walaupun baru dua tahun ditubuhkan.

"Saya percaya kesediaan penaja menaja kelab ini hasil beberapa siri kejayaan sebelum ini selain misi dan visi yang disusun dalam usaha menyemarakkan program pembangunan bola sepak di akar umbi.

"Saya gembira kerana kami kini sudah mempunyai 250 pemain dari umur bawah lapan tahun selain menubuhkan skuad padang dan futsal wanita yang mendapat sambutan menggalakkan bulan lalu," katanya selepas majlis pengenalan pasukan dan pelancaran jersi baharu kelab itu.

Sementara itu, Presiden SRFC, Khushairi Aizad Jamalludin yang juga bekas pemain Selangor dan Kelab Bolasepak AirAsia AllStar mengucapkan terima kasih atas sokongan penaja dan berharap mereka terus memberi sokongan. "Saya berharap kelab ini akan terus berkembang maju berdasarkan perancangan yang sudah dirangka termasuk tahun depan dan 2022 apabila kita menetapkan menyertai Liga AirAsia KL Junior, Liga Bolasepak Kuala Lumpur dan Liga M4.

"Malah, harapan saya satu hari nanti kami akan mempunyai fasiliti padang sendiri bagi membolehkan kami menjalani latihan dan aktiviti bola sepak serta kemasyarakatan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan