Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 26 September 2020

'Saya bertanggungjawab'

 


Aksi pemain TFC ketika menentang PDRM, malam tadi. - NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad mengakui dia bertanggungjawab selepas pasukannya mengucap selamat tinggal dalam saingan Liga Super musim depan sesudah tersungkur di tangan Terengganu FC, malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak itu, skuad The Cops ternyata gagal menyaingi kehebatan pemain skuad Penyu selepas tumpas 0-4 sekali gus gagal mengutip sebarang mata setakat ini dalam carta liga dan menghuni di tangga tercorot liga.

"Kami dibolosi empat gol tanpa balas, saya bertanggungjawab sepenuhnya kekalahan malam ini (malam tadi), mungkin percaturan kami tidak begitu menjadi sehingga kami dihukum pihak lawan.


Perebutan bola diantara pemain TFC dan pemain PDRM pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - NSTP/Ghazali Kori

"Lagi satu saya lihat pemain tidak cukup agresif dan kurang tajam terutama dalam kawasan gol pihak lawan, tapi saya tiada pilihan kerana pemain ini sahaja yang kami ada ditambah ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan.

"Saya bukan mencari alasan selepas tersingkir ke Liga Perdana tetapi hakikatnya inilah sahaja pemain yang ada dan ini jelas menunjukkan mereka belum cukup bagus untuk bersaing.

"Namun, saya tidak mahu menyalahkan mereka, begitu juga pihak pengurusan kerana mereka sudah memberikan yang terbaik.

"Jadi untuk baki dua perlawanan lagi, kami akan berusaha memperbaiki mutu permainan untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan," katanya.

Pada perlawanan itu, skuad The Cops hanya mempunyai dua percubaan tepat ke arah gol manakala selebihnya di dominasi pasukan tuan rumah yang begitu mudah memasuki kawasan penalti pelawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan