Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 21 September 2020

Presiden MFL yang juga Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengiringi Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Reezal Merican untuk memantau pematuhan SOP COVID-19 bagi pengelolaan perlawanan Kedah lwn Sabah. #MFL #CIMBLigaSuper2020

 Presiden Malaysian Football League (MFL) yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengiringi Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican hari ini ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras untuk memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 bagi pengelolaan perlawanan CIMB Liga Super membabitkan Kedah dengan Sabah.

Ini kali pertama Dato’ Sri Reezal Merican ‘turun padang’ untuk memantau sendiri pematuhan SOP sejak saingan Liga Malaysia musim ini kembali bersambung pada 28 Ogos 2020 selepas ditangguhkan pada 16 Mac 2020 akibat penularan pandemik COVID-19.

Dato’ Sri Reezal Merican dan Datuk Haji Hamidin turut ditemani Timbalan Presiden FAM Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato’ Ab Ghani Hassan, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, Barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL dan Exco FAM serta Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Haji Muhamad Sanusi Md Nor juga Ketua Setiausaha KBS, Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Sejak saingan Liga Malaysia kembali bersambung, sebanyak 48 perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier sudah berlangsung dengan lancar dengan pematuhan ketat SOP termasuk perlawanan tanpa penonton.

#MFL #CIMBLigaSuper2020











Tiada ulasan:

Catat Ulasan