Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 21 September 2020

Persatuan Bola Sepak Selangor pecat Sathianathan

 

B Sathianathan

PENGENDALI Selangor, B Sathianathan telah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan tidak akan bersama pasukan untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga-M ) musim ini.


Perkara itu diakui sendiri Sathianathan selepas satu pertemuan dengan pengurusan FAS sebentar tadi.


"Saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipecat. Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi FAS pagi tadi," katanya.


Keputusan memecat Sathianathan itu difahamkan selepas kekalahan memalukan 6-1 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan