Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 25 September 2020

PDRM ucap selamat tinggal kepada Liga Super

 


Pemain TFC, Nasrullah Hanif (tengah) diasak pemain PDRM, Hazwan Raman (kiri) pada aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Foto - GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Pasukan PDRM sah mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super musim depan selepas tumpas kepada Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

Walaupun berbaki dua lagi aksi menentang Selangor dan PJ City FC, ketinggalan enam mata dengan pasukan di tangga ke-11 liga, Sabah selain berhutang satu mata, impian skuad The Cops untuk kekal dalam kancah liga elit itu sudah berkubur.

Pada pertemuan itu, skuad TFC yang tewas pada tiga aksi terdahulu bermula garang apabila mendapat jaringan pertama pada minit ke-13 menerusi Muhammad Faris Ramli.

Gol itu terhasil selepas pemain import kelahiran Singapura itu mendapat umpanan kapten, Lee Tuck dari sebelah kiri pintu gol pelawat yang gagal diselamatkan penjaga gol The Cops, Mohamad Farzly Muhammad.

Skuad Penyu yang mendominasi permainan sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil, Khirulazuan Kidam memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti, Tuck pada minit ke-25.

Penalti itu diberikan selepas Faris dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan pelawat, Ahmad Syahmi Shukri yang mudah disempurnakan pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu.

Menyedari kerap ditekan, pengendali The Cops, Mohamad Ishak Kunju Mohamad memasukkan dua tenaga baharu di posisi tengah, Dick Cheny Waili dan Mohd Safiee Ahmad pada minit ke-30, namun juga gagal memecah kebuntuan gol.

Sebaliknya skuad Penyu yang turun bagaikan harimau luka mendapat gol ketiga pada minit ke-45 menerusi sepakan lencong menarik Tuck dari jarak kira-kira 25 meter yang menerjah ke penjuru kiri gawang pelawat untuk mengukuhkan kedudukan 3-0.

Pada minit ke-74, Faris sekali lagi berjaya menambah jaringan keempat pasukannya yang juga gol kedua peribadinya apabila menanduk masuk bola hantaran Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan