Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 25 September 2020

Pahang tekad lebur rekod kemenangan Kedah

 



Aksi pemain Pahang ketika menjalani latihan.

KUANTAN: Misi Pahang apabila melayan kunjungan Kedah di Stadium Darul Makmur malam esok, hanya satu iaitu melakar kemenangan.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, prestasi semasa Lang Merah yang melakar lima kemenangan berturut-turut tidak mengganggu fokus skuad itu mengutip tiga mata di laman sendiri.

"Ini kerana misi pasukan mahu mengutip mata maksimum pada baki tiga perlawanan termasuk berdepan Kedah, untuk berada di kedudukan terbaik Liga Super.

"Jadi, saya mengharapkan semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka untuk menafikan Kedah membawa pulang mata," katanya.

Selepas lapan perlawanan, Pahang berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip 10 mata manakala Kedah yang memungut 16 mata di tempat kedua.

Ditanya sama ada penyerang import, Dickson Nwakaeme akan beraksi, Dollah mengesahkan bahawa tiada kelibat pemain kelahiran Nigeria itu kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

Pada masa sama, dia berkata, peluang dua lagi pemain import yang turut berdepan krisis kecederaan iaitu Herold Goulon dan Ivan Carlos disenaraikan juga 50-50.

"Tapi saya percaya pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama mampu beraksi pada tahap terbaik untuk membantu pasukan beroleh kemenangan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan