Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 25 September 2020

Nik Erman: FAM Perlu Tunggu Keputusan FIFA Sebelum 'Campuri Kemelut' Sumareh


Sumareh


Berdasarkan Peraturan Status dan Perpindahan Pemain (RSTP) Jun 2020, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh mendengar isu kontrak pemain tempatan dan antarabangsa, kata pengamal undang-undang Nik Erman Nik Roseli.

Nik Erman nyata bersetuju dengan kenyataan FAM Selasa lalu yang menerangkan posisi FAM di dalam pertikaian antara Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Mohamadou Sumareh.

“Peguam Sumareh telah memilih untuk membawa kes ini kepada FIFA dan difahami bahawa kes telahpun berada ditangan FIFA sekarang. Bukan FAM tak nak; tapi kena tunggu.

“Kes penamatan Kontrak Pemain Sumareh sekarang berada di FIFA. PBNP dinasihati untuk menumpukan perhatian dan bersedia untuk membentangkan kes mereka,” katanya.

Menerangkan dengan lebih lanjut, Nik Erman berkata, isu ITC telah selesai yang mana ITC Sumareh telah dikeluarkan oleh FIFA membolehkan beliau bermain di Thailand.

“Pengeluaran ITC Sumareh tidak bermakna penamatan Kontrak Pemain oleh Sumareh adalah sah. Isu penamatan Kontrak Pemain adalah isu berlainan dari isu ITC dan belum diputuskan oleh FIFA.” katanya.

Katanya lagi, isu utama yang disuarakan PBNP adalah keengganan FAM untuk mendengar isu Kontrak Pemain.

“Adakah isu Kontrak Pemain ini patut di dengar oleh FAM atau badan induk, FIFA? Di dalam isu kontrak pemain Malaysia, isu ini adalah isu domestik dan Isu domestik adalah di dalam bidang kuasa FAM.

“Akan tetapi, di dalam isu melibatkan Sumareh, isu Kontrak Pemain ini sudah mendapat perhatian FIFA terlebih dahulu. Ini kerana menurut Article 22 RSTP, dimana isu diantara kelab dan pemain berkaitan kelewatan pembayaran gaji dan terdapat permohonan ITC, maka ini di dalam bidangkuasa FIFA juga.

“FIFA akan menentukan samada mereka mempunyai bidangkuasa mendengar isu ini atau tidak walaupun Sumareh adalah pemain Malaysia. Sebagai penerangan mudah: Pemain Malaysia pindah ke Kelab Malaysia – Domestik – Bidangkuasa FAM manakala Pemain Malaysia pindah ke Kelab Thailand – Antarabangsa – Bidangkuasa FIFA,” katanya.

Justeru, Nik Erman menegaskan berdasarkan RSTP yang dinyatakan, FAM perlu menunggu keputusan FIFA berkaitan perkara ini samada FIFA mahu mendengar kes ini atau menolak kes ini ke FAM.

Kredit featured image: How Foo Yeen/Getty Images

Tiada ulasan:

Catat Ulasan