📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download, https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...
Isnin, 21 September 2020
MANALAH HATERS NAK LETAK MUKA LEPAS NIE EK, DAHLAH KENA MASUK GUA, TUDUH JDT SEKALI TEAM DIALAH YANG GUNA "PINTU BELAKANG", APA LAGI MENYALAK LA SEKUATNYA😂😂😂
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) semalam melakukan pendedahan mengejut mengenai perpindahan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh ke Selangor pada musim depan.
: Melalui paparan di laman instagram ‘story’, TMJ turut membidas sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang lebih gemar melakukan provokasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi. : Baginda juga mahu FAS belajar daripada Terengganu FC selepas kekalahan memalukan 6-1 kepada JDT dalam kedua-dua saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier minggu ini. : Justeru itu, TMJ juga mahu FAS menjelaskan kepada para penyokong Selangor mengenai masalah sebenar yang berlaku dan baginda sedia melawan pihak yang menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi dan tidak jujur. : Difahamkan, kenyataan itu ditujukan kepada bekas Naib Presiden FAS, Izhar Moslim. Selain itu, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan pendedahan kontrak rasmi Selangor ditawarkan kepada bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang bakal menyertai kelab Thailand, Police Tero dalam masa terdekat. : Berdasarkan kontrak tersebut, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan. : Bagaimanapun, Dr. Johan menyatakan beliau sedia mempertimbangkan kenaikan gaji itu tetapi belum buat sebarang keputusan mengenai permintaan Sumareh yang bakal berangkat ke Thailand pada hari selasa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan