Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 23 September 2020

Lupakan kekalahan lalu boh

 



Kuala Terengganu: Kapten Terengganu FC (TFC), Lee Tuck menggesa rakan sepasukannya melupakan episod kekalahan pada tiga aksi berturut-turut sebelum ini termasuk dikejutkan pendatang baharu Liga Super, UiTM, Sabtu lalu.

Sebaliknya pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu meminta barisan pemain termasuk dirinya untuk fokus 100 peratus.

Malah beraksi sebagai satu pasukan untuk merakam kemenangan pada baki tiga perlawanan termasuk bertemu pasukan di tangga tercorot liga, PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat ini.

Baginya hanya kemenangan sahaja yang mampu mengubat duka pasukan dan juga peminat setia dalam misi untuk berada di kedudukan lebih baik selepas peluang untuk mengintai tempat kedua liga semakin tipis.

"Kami harap dapat menang baki tiga perlawanan lagi, kami tahu kami kuat dan mampu bermain dengan baik untuk bangkit daripada kekalahan, tapi kami perlu berusaha bersama, kami mempunyai dua perlawanan di tempat sendiri dan ini penting bagi kami untuk kembali yakin dan menang.

"Justeru bertemu pasukan PDRM pada Jumaat ini kami tiada pilihan lain kecuali perlu menang, itu sahaja yang berlegar dalam fikiran saya ketika ini.

Kami perlu dapatkan kembali tiga mata, saya juga berharap rakan sepasukan kembali bersedia serta fokus untuk menang dan kami berjanji akan memperagakan aksi terbaik." katanya.

Mengenai sasaran liga sukar untuk saya nyatakan tapi kami ingin tempat terbaik kerana boleh kita lihat kedudukan mata dalam liga sangat rapat, sebagai contoh jika kita kalah sekali, kita boleh jatuh ke tempat kelima daripada tempat kedua, sangat mudah untuk jatuh. kami pun tak tahu kedudukan kami jika kami menang semua baki perlawanan, yang penting kami tamatkan liga dengan penuh kekuatan dan berikan yang terbaik sebagai pemangkin semangat sebelum mengharungi saingan Piala Malaysia," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan