Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 24 September 2020

Jersi itu dihasilkan oleh jenama pakaian Fitech Fitwear dan ditaja oleh Zamburger, salah satu produk Norizam.

 

[VIDEO] Norizam lancar jersi baru Kelantan

Kelantan FC melancarkan jersi baru buat kali ketiga bagi musim 2020, kali ini dibawah pemilikan Norizam Tukiman.

Jersi itu dihasilkan oleh jenama pakaian Fitech Fitwear dan ditaja oleh Zamburger, salah satu produk Norizam.
Jersi tuan rumah berwarna merah, jersi di tempat lawan berwarna hitam dan satu lagi jersi berwarna kuning dengan harga antara RM69 hingga RM99 sepasang.

 

Norizam berkata, penukaran warna mengenainya dilakukan atas permintaan penonton yang mahukan kelainan, imej dan semangat baharu dan ia telah dipersetujui Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

“Jika jualan mencecah 10,000 pasang, ia sudah mencukupi sebagai tanda sokongan rakyat Kelantan yang mahukan TRW FC bangkit kembali dalam menjuarai arena bola sepak Malaysia,” katanya kepada Bernama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan