Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 23 September 2020

Impian besar Anwar Ibrahim, Zahril Azri

 


DUA bintang muda negara, Anwar Ibrahim (kiri) dan Zahril Azri Zabri.

KUALA LUMPUR: Dua bintang muda negara, Anwar Ibrahim dan Zahril Azri Zabri menyimpan impian besar untuk menyarung jersi skuad senior Harimau Malaya pada masa depan.

Anwar yang kini bersama Selangor bagaimanapun menjelaskan sasaran utamanya ketika ini adalah memastikan dapat mewakili skuad bawah 22 (B-22) negara ke Sukan SEA tahun depan.

Katanya, pengalaman beraksi bersama Selangor dan bersaing dengan ramai pemain senior menjadi antara kekuatan untuknya meningkatkan lagi prestasi.

"Sudah tentu semua pemain letak sasaran untuk menyarung jersi negara. Saya juga mendapat pengalaman yang sangat berharga bersama Selangor," katanya yang pernah menjulang kejuaraan Piala AFF bersama skuad B-19 negara sebelum ini.

Sementara itu, Zahril turut meluahkan keinginan untuk membantu skuad muda negara dalam Sukan SEA tahun depan sebelum menuju ke skuad senior Harimau Malaya.

Beliau yang beraksi di posisi tengah mengakui perlu bekerja keras untuk bersaing merebut tempat sama ada bersama Selangor, mahu pun skuad negara.

"Memang itu yang saya sasar sebenarnya (menyertai skuad kebangsaan) sebelum memasuki Selangor. Insya-Allah kalau ada rezeki saya memang mahu ada dalam skuad B-22 negara.

"Semua pemain pasti ada keinginan untuk menyarung jersi skuad senior. Oleh itu, saya akan bekerja lebih keras dari masa ke semasa untuk berada dalam skuad senior pada masa akan datang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan