Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 26 September 2020

Gergasi Merah hampir kalah

 

Shah Alam: Selangor boleh menarik nafas lega apabila gol saat akhir menerusi sepakan penalti menyelamatkan pasukan itu daripada pulang dengan tangan kosong sekali gus berjaya mencatatkan keputusan seri 3-3 bertemu UiTM FC di Stadium Mini UiTM Shah Alam, hari ini.

Ketiadaan bekas pengendali, B Sathiananthan yang dipecat baru-baru ini tidak memberi masalah kepada pasukan Gergasi Merah menguasai perlawanan namun ketumpulan bahagian serangan menyebabkan banyak peluang terlepas begitu saja.

Separuh masa pertama menyaksikan skuad Selangor yang kini dipimpin Micheal Feichtenbeiner terlebih dahulu berada di depan pada minit 24 menerusi jaringan pemain importnya Ifedayo Olusegun.

Selangor terus garang memburu jaringan dan ternyata gandingan mantap pemain importnya berjaya menyumbat gol kedua pada separuh masa tambahan separuh masa pertama untuk kedudukan 2-0.

Ketinggalan 2-0 sekali gus menyaksikan pengendali UiTM Frank Bernhard jelas mengubah beberapa taktikal dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan sebelum berjaya merapatkan jurang menerusi gol cantik daripada penyerang importnya Gustavo Dos Santos pada minit ke-48.

Gustavo sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Selangor apabila bijak melorongkan bola ke gawang lawan pada minit ke-58 hasil umpanan Rabih Ataya sekali gus menyamakan kedudukan 2-2.

Kealpaan benteng pertahanan Selangor yang gagal mengekang asakan penyerang UiTM terus dihukum apabila rembatan dari luar kotak penalti oleh Rabih Ataya berjaya menewaskan Mohd Khairulazhan Khalid untuk kedudukan 3-2.

Ketika UiTM semakin hampir membawa pulang tiga mata, Selangor dihadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan separuh masa kedua sebelum disempurnakan oleh Ifedayo Olusegun untuk kedudukan seri 3-3.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan