Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 21 September 2020

Bukan JDT tapi Selangor

 

Uploading: 524288 of 845564 bytes uploaded.

Mohamadou Sumareh. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Ketika Johor Ta'zim (JDT) dikatakan bakal menjadi destinasi Mohamadou Sumareh pada masa akan datang, timbul pula dakwaan bahawa pemain itu akan menyertai Selangor.

Ia selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan beberapa tangkap layar mesej perbualan Sumareh bersama individu yang dipercayai pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut mendedahkan tangkap layar kontrak yang ditawarkan FAS kepada Sumareh dengan gaji AS$17,000 (RM70,482) dan klausa perpindahan RM3 juta.

Namun, berdasarkan mesej perbualan yang dipercayai antara Sumareh dan Setiausaha Agung FAS (Dr Johan Kamal Hamidon) yang dikongsikan TMJ di laman Instagram miliknya, pemain naturalisasi itu seakan meminta gaji AS$20,000.

Usaha BH Sukan mendapatkan pengesahan dakwaan itu daripada Dr Johan belum berjaya selepas beliau tidak menjawab panggilan telefon.

Sumareh sebelum ini dilaporkan menyertai Police Tero FC dan sesetengah pihak mendakwa kelab Thailand itu mungkin hanya 'persinggahan' sementara pemain Harimau Malaya itu sebelum kembali beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Pemain kelahiran Gambia itu mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan tidak menyertai Pahang walaupun kontraknya masih berbaki sehingga 2022 dan dia melakukan kejutan apabila menyertai Police Tero.

Dia dikatakan bertindak demikian selepas mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya iaitu membatalkan kontrak selepas Pahang didakwa gagal membayar gaji mengikut perjanjian.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) turut dilaporkan menafikan dakwaan bahawa pemain naturalisasi itu tidak dibayar gaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan