Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 20 Ogos 2020

Wan Kuzri gigih curi hati Maloney



DiSEBALIK tekanan cukup hebat menerusi perhatian dan harapan tinggi diletakkan penyokong di bahunya, tonggak tengah skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Wan Kuzri Wan Kamal tetap tenang dan akan terus berusaha mencabar tempat dalam pasukan.
Jelas pemain Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat itu, dia berazam untuk muncul sebagai pemain utama dan watak penting dalam skuad B-19 terutama menjelang pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan Oktober nanti.
"Saya mahu tampil lebih yakin dengan pasukan dan saya mahu menjadi pemain utama dan bawa pasukan sejauh mungkin di Uzbekistan dan sebab itulah saya berada di sini.
"Saya mahu berikan yang terbaik dalam pasukan setiap hari agar hasrat untuk menyarung jersi negara tercapai," katanya ketika ditemui di Pusat Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) di Shah Alam, semalam.
Kuzri yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat bagi menyertai latihan bersama skuad B-19 tahun negara dianggap antara taruhan terbaik pengendali pasukan, Brad Maloney di bahagian tengah.
Pengalaman beraksi di akademi terbaik di negara Uncle Sam itu diharapkan mampu memantapkan jentera tengah pasukan selain memberi pilihan tambahan kepada Maloney di posisi itu.
Sementara itu, Kuzri akui dua tonggak tengah iaitu pemain utama Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi dan pemain JDT, Firdaus Kaironnisam adalah pencabar terkuat buatnya di bahagian tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan