
Gambar dari video Luqman Hakim Shamsudin tengah menjalani latihan di Laman Facebook kelab Belgium, KV Kortrijk https://www.facebook.com/kvkofficieel/
KUALA LUMPUR: Nama Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi sebutan selepas dia sah mengikat kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk (KVK), semalam.
Lebih manis, video pengenalan Luqman sebagai pemain KV Kortrijk turut mendapat perhatian selepas ia disiarkan di laman sosial rasmi kelab berkenaan.
Malah, laman sosial kelab itu juga sudah 'terkenal' dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia selepas ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah buat Luqman dari rakyat negara ini.
Video yang berdurasi satu minit 38 saat itu turut menampilkan pemain kelahiran Kota Bharu yang bercakap dalam bahasa Belanda serta loghat Kelantan.
Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal juga tidak ketinggalan berkongsi video berkenaan di laman Twitter.
"Berita baik buat bakat dari Malaysia. Semoga dia dapat buat yang terbaik dan harap dapat melihat aksinya nanti. Selamat berjaya, buat kami bangga Luqman," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan