Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 23 Ogos 2020

Usah ambil mudah arahan kerajaan - Zonjic



BEKAS pertahanan import Terengganu FC (TFC), Igor Zonjic yang pernah bertarung nyawa diserang virus Covid-19 lebih sebulan mengingatkan peminat setia bola sepak negara agar dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerajaan Malaysia bagi mengekang wabak pandemik itu.
Pemain kelahiran Montenegro yang pernah menyarung jersi skuad TFC selama dua musim pada 2018 dan 2019 menyatakan kesannya cukup perit untuk ditanggung bagi mereka yang diserang penyakit itu dan kehidupannya yang sebelum itu normal dan aktif bersukan pernah menjadi gelap, selain pelbagai perkara bermain di fikirannya termasuk soal kematian selepas diserang virus itu.
"Saya nak kongsi dan ingatkan semua peminat setia bola sepak di Malaysia khususnya penyokong TFC dan juga pemain agar mematuhi setiap arahan kerajaan ketika Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung kerana wabak pandemik itu boleh menyerang kepada mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana jika tidak jaga diri sendiri dan berwaspada.
"Ini kerana pengalaman saya dan beberapa pemain kelab yang disahkan positif Covid-19 begitu perit untuk ditanggung, namun saya bernasib baik kerana ia tidak memberikan simptom yang terlalu buruk, tapi saya terpaksa kuarantin di rumah selama 31 hari.
"Ketika menghidapi penyakit itu, pada setiap hari perlu mengambil suhu dan ada kalanya mengalami sesak nafas, saya terpaksa mengambil suntikan dan vitamin setiap pagi serta malam untuk memulihkan keadaan tubuh badan saya, kini saya bersyukur kerana sudah pulih sepenuhnya," kata pemain kelab AGMK FC dalam Liga Uzbekistan itu ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah membantu Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia pada 2018 ketika bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim berkata, dia tidak tahu bagaimana dan di mana virus itu menyerangnya.
"Virus itu menyerang saya sebulan lalu dan saya tidak tahu bagaimana dan bila terkena penyakit yang mengancam dunia itu kerana ia boleh dijangkiti di mana-mana seperti di kedai, jalan raya, dalam teksi, kedai kopi dan lain-lain kerana tiada siapa tahu.
"Selepas pulih, sekarang saya rasa sangat baik, terima kasih kepada rakan-rakan dari Malaysia terutama dari Terengganu, penyokong dan juga bekas rakan sepasukan termasuk Kipre Tchetche, Lee Tuck, Bruno Suzuki dan Argzim Redzovic sentiasa memberi sokongan padu kepada saya ketika dalam proses untuk pulih selepas diserang virus itu.
"Kisah yang saya kongsikan ini diharap menjadi pedoman dan memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia.
"Pesanan saya yang pernah mencari rezeki di Malaysia, usah ambil mudah mengenai wabak itu biarpun kini Malaysia semakin pulih, kita harus jaga diri dan keluarga, pakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan sentiasa mendengar nasihat dan arahan daripada kerajaan dari semasa ke semasa pasti semuanya selamat," katanya yang gembira selepas bekas pasukannya itu merakam kemenangan 2-0 menundukkan Petaling Jaya City (PJ City) malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan