Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 27 Ogos 2020

UiTM ada ramuan kejut Felda United



JURULATIH UiTM FC, Frank Bernhardt yakin semua pemain akan beraksi bermati-matian demi mendapatkan mata penuh pada perlawanan Liga Super menentang Felda United di Stadium Jengka, Pahang, malam esok.
Pasukan yang terkenal dengan jolokan 'The Lion Troops' itu mengumpul empat mata selepas empat perlawanan sebelum saingan Liga Super ditangguhkan pada 18 Mac lepas susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran Covid-19.
''Semua pemain berada dalam keadaan baik dan sihat. Namun, Gustavo Almeida tidak dapat beraksi kerana kecederaan.
''Kami perlu mengumpul lebih banyak mata, dan ini sasaran kami. Kami ke sana untuk menang,'' katanya selepas majlis penyerahan bas rasmi UiTM FC hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan Presiden UiTM FC, Prof Dr Azizan Abdullah, pengurus pasukan Mustaza Ahmad serta semua pemain.
Mengenai perlawanan malam esok, Bernhardt berkata Felda United pasukan yang baik namun beliau yakin anak buahnya mampu mencipta kemenangan ke atas skuad 'The Fighter' itu.
''Cuma satu perkara, kami perlu bermain di atas padang tiruan. Ia agak kurang baik namun kami perlu menyesuaikan diri,'' katanya.
Sementara itu, Azizan berharap semua pemain mempamerkan prestasi terbaik mereka sepanjang baki tujuh perlawanan dan mencapai sasaran untuk berada dalam lima pasukan terbaik liga.
Terdahulu, dalam ucapannya, Azizan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim yang menghadiahkan bas baharu sebagai menghargai skuad UiTM FC yang berjaya ke saingan Liga Super musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan