Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 23 Ogos 2020

Tunggu pembeli


KUALA LUMPUR: Tiga pasukan yang dikategorikan dalam kedudukan bahaya untuk disingkirkan ke liga amatur musim depan dijangka selamat apabila usaha ke arah penswastaan sedang berjalan.
Difahamkan tiga pasukan berkenaan terdiri daripada dua dari Liga Super dan satu pasukan Liga Perdana sudah memulakan proses pemisahan FA ke FC seperti mana ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pasukan UKM FC yang bersaing di Liga Perdana berkongsi perkembangan positif itu dan percaya dapat menyelesaikan segala proses berkenaan sebelum tarikh akhir, 30 September depan.
Setiausaha Kehormat UKM FC, Mohd Fairus Shafie berkata, pihaknya dijangka bertemu FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Selasa depan sebelum menyerahkan dokumen berkaitan.
Katanya, UKM FC sentiasa bergerak ke arah penswastaan dan segala dokumen rasmi disediakan.
"Kami bukan tak mulakan langsung proses itu (penswastaan). Kami dah buat cuma perlu lebih panduan daripada MFL.
"Semua dokumen dah ada, kami nak hantar saja. Berdasarkan syarat diminta kami dah buat semuanya. Jadi saya yakin dan percaya kami sempat selesaikan sebelum tarikh akhir," katanya, semalam.
Katanya lagi, masalah mungkin timbul hanya mencari pembeli yang sanggup menguruskan UKM FC.
"Masalah kami cuma nak cari pembeli yang sanggup ambil alih pasukan. Kami sanggup bagi kepada siapa berminat. Isunya orang tak berani nak ambil. Kami tak tolak mana-mana opsyen.
''Apa-apa opsyen pun kami terbuka, jadi mana yang kami fikir boleh bagi kebaikan dan faedah kepada UKM FC dipertimbangkan. Kami tak boleh cakap nak buka syarikat sahaja, tetapi kena cari pembeli dan lihat opsyen ini ," katanya.
Sebelum ini menerusi laporan Arena Metro, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi amaran keras apabila mengakui tempoh berlembut atau tempoh berkasih sayang dengan pasukan Liga M kini berakhir dan semua pasukan diwajib melengkapkan proses penswastaan.
Kegagalan pasukan mengikut ketetapan bukan sahaja membolehkan mereka disingkir ke liga bawahan, malah turut berdepan halangan beraksi dalam saingan Liga M.
Malah, Hamidin menegaskan pihaknya tidak berdepan masalah meneruskan saingan meskipun perlu mengecilkan jumlah penyertaan pasukan musim depan.
Untuk rekod, lima pasukan berjaya melengkapkan proses penswastaan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Petaling Jaya FC (PJ City), Negeri Sembilan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sarawak United.
Lapan pasukan lain hampir lengkap manakala lima lagi masih bergerak dan baki tiga pasukan belum melakukan apa-apa langkah.
Kelewatan tiga pasukan itu seperti sengaja mengundang padah yang boleh disingkirkan ke liga amatur atau lebih tepat Liga M3 pada musim depan sekali gus memungkinkan saingan Liga M kekurangan pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan