Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian


Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian

Kelab Fagiano Okayama minggu lalu ada menerbitkan sebuah video temubual santai bersama 3 orang pemain mereka dan salah seorang darinya adalah pemain dari Malaysia, Hadi Fayyadh.
Dalam video yang berdurasi kira-kira hampir 5 minit itu, Hadi Fayyadh dan 2 lagi rakan sepasukannya telah ditanya beberapa soalan berkaitan aktiviti harian mereka dan apa yang menariknya semua perbualan itu menggunakan bahasa Jepun 100%!
Berdasarkan video tersebut, dari pemerhatian kami, keupayaan Hadi Fayyadh bertutur dan memahami bahasa Jepun itu sebenarnya wajar diberikan pujian selepas hanya berada disana kurang dari 2 tahun.
Walaupun fokus utama beliau adalah kepada bola sepak dan bermula dari kosong, kemahiran bahasa Jepun yang dimilikinya ketika ini perlu dihargai dan diberikan dorongan untuk terus mempelajari ‘skillset‘ itu dengan lebih lagi yang mungkin amat berguna suatu hari nanti.
Mungkin dalam tempoh 1 hingga 2 tahun lagi, beliau akan fasih bertutur menggunakan bahasa Jepun serta mampu lebih berdikari dalam mencari kestabilan karier bola sepak ketika umur baru menganjak usia 20 tahun.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hadi Fayyadh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan