Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 1 Ogos 2020

Tiada pemain Kelantan tarik diri



KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan tidak menerima surat penarikan diri daripada mana-mana pemain skuad The Red Warriors (TRW).
Ia susulan terdapat dakwaan di media sosial bahawa dua pemain tempatan mahu menarik diri daripada pasukan Kelantan akibat masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu.
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman bagaimanapun menjelaskan hanya seorang pemain yang sah menarik diri daripada pasukan itu ketika ini, iaitu pemain import dari Korea Selatan, Kang Seung-Jo.
"Setakat ini jurulatih kata tiada masalah dengan latihan dan yang sah tinggalkan pasukan hanya Kang. Kami juga tidak menerima apa-apa surat (tarik diri) daripada pemain lain," katanya kepada BH Sukan.
Kelantan sebelum ini dilaporkan berdepan bebanan hutang lapuk yang mencecah RM7 juta, sekali gus meletakkan KAFA berada dalam kesukaran untuk meneruskan saingan dalam Liga Malaysia (Liga M).
Persatuan itu juga sebelum ini sudah menerima arahan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya menjelaskan tunggakan gaji dua bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus dan Bruno Lopes berjumlah lebih RM700,000.
Selain itu, KAFA turut dilaporkan perlu bersedia dengan keputusan FIFA membabitkan hutang dengan beberapa bekas pemain dan pegawai pasukan itu yang dikatakan sudah sampai ke badan induk bola sepak dunia itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Husin berkata pihaknya belum menerima apa-apa keputusan terbaharu daripada FIFA berkaitan kes yang dibawa bekas pemain dan pegawai pasukan TRW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan