Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 3 Ogos 2020

Tiada pasukan berani uji Tok Gajah?


PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mengakui skuad itu berdepan kesukaran dalam mencari lawan untuk aksi persahabatan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung 26 Ogos ini.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, skuad Tok Gajah masih lagi belum mendapat pengesahan daripada beberapa pasukan untuk perlawanan persahabatan itu.
"Saya memilih pasukan Liga Perdana untuk menguji tahap dan prestasi pemain selepas saingan Liga M ditangguhkan disebabkan penularan Covid-19.
"Justeru, saya harap dapat mengadakan perlawanan persahabatan dalam tempoh terdekat ini kerana liga akan dimulakan kira-kira tiga minggu sahaja lagi," katanya.
Ditanya prestasi skuad Tok Gajah sejak dibenarkan berlatih 6 Julai lalu, beliau berpuas hati dengan komitmen pemainnya terutama aspek kecergasan.
Katanya, segalanya mengikut perancangan dan diharapkan semua pemain berada pada tahap terbaik kerana lebih lima bulan tidak beraksi.
"Berdasarkan komitmen tinggi pemain, saya percaya mereka dapat memberikan persembahan meyakinkan untuk melakar keputusan positif," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan