Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 29 Ogos 2020

Terengganu kini mengumpul 10 mata, tiga mata di belakang JDT manakala Kedah berada di tempat keempat dengan tujuh mata.

Liga Super: Terengganu tewaskan Sabah, lonjak tangga ke-2 liga


Terengganu kini menduduki tangga kedua Liga Super setelah menewaskan Sabah 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Dominique Da Sylva menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-12, menjadikan ia gol ketujuh peribadinya musim ini.
Sanjar Shaakhmedov kemudian menambah jaringan pada minit ke-43.
Pada separuh masa kedua, Sanjar sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-71.
Faris Ramli melengkapkan kemenangan dengan satu lagi gol pada minit ke-84.
Satu lagi perlawanan Liga Super menyaksikan Kedah berjaya keluar dari zon bahaya apabila menewaskan PDRM 2-0 di Stadium Selayang.
Kipre Tchetche menjadi wira apabila menjaringkan gol pada minit ke-29 dan minit ke-36.
Kemenangan itu bermakna Kedah melonjak ke tangga ke-4 liga di belakang Perak, Terengganu dan pendahulu liga, JDT.
Di Stadium UiTM, Selangor terpaksa pulang dengan satu mata apabila sekadar meraih seri tanpa jaringan berdepan PJ City.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan