Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Ogos 2020

Suzuki tak sabar bertemu bekas pasukan


KAPTEN Terengganu FC II (TFC II), Bruno Suzuki akui tidak sabar untuk bertemu bekas majikannya, Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan Liga Perdana itu bakal membuat perhitungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Jumaat ini.
Pemain kelahiran Brazil yang mendapat taraf kerakyatan Jepun itu berkata, perlawanan pertama selepas lebih lima bulan berehat berikutan wabak pandemik Covid-19 penting buat pasukannya untuk mengembalikan semula momentum perlawanan sebenar.
Selain itu penyerang berusia 30 tahun yang mula menyarung jersi skuad The Turtles itu sejak 2018 menjelaskan pasukannya begitu dahagakan kemenangan bagi memastikan TFC II terus menghuni di tangga teratas liga.
"Siapa tidak teruja bertemu bekas pasukan yang juga skuad pertama saya beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) pada 2017.
"Namun begitu saya perlu ketepikan seketika persahabatan itu kerana perlawanan Jumaat ini begitu penting kepada kami yang perlu merakam kemenangan lebih-lebih lagi aksi pertama selepas tempoh rehat sekian lama sejak 16 Mac lalu susulan wabak Covid-19.
"Kami juga mahu meneruskan rekod tanpa kalah dan seri, saya percaya rakan sepasukan mampu lakukannya bagi merealisasikan impian untuk terus mendahului carta liga.
"Lagipun semua pemain kini sudah berada pada tahap terbaik walaupun lebih lima bulan tidak bersaing dalam liga divisyen dua itu," kata Suzuki yang juga pernah beraksi dalam Liga Singapura sebelum ini.
Berdasarkan rekod skuad bimbingan Roshadi Wahab dan penolongnya, Sapian Wahid kini gah berada di tangga teratas liga dengan mengutip 12 mata hasil daripada empat perlawanan dengan menumpaskan Selangor II (1-0), Perak II (2-0), Kuching FA (2-1) dan Kelantan juga 2-1.
Perlawanan menentang skuad Negeri Sembilan Jumaat ini bakal menyaksikan sama ada skuad itu mampu mempertahankan rekod kemenangan ataupun sebaliknya, tapi berdasarkan beberapa aksi persahabatan, skuad The Turtles itu berada di landasan tepat untuk terus memimpin carta liga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan