Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan telah mengadakan perjumpaan dengan CEO CIMB Group Holdings Berhad (Kumpulan CIMB), Dato’ Abdul Rahman Ahmad di Hotel Hilton KL hari ini.
Turut hadir dalam perjumpaan itu Ketua Pegawai Komersial MFL, Ms. Winnie Chan dan Pengarah, Pemasaran, Penjenamaan dan Pengurusan Tajaan CIMB, Puan Suraiya Abdul Samad.
Dalam pertemuan itu, MFL mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai penajaan CIMB dalam Liga Malaysia yang telah dimeterai bersama sebelum ini selain perbincangan tentang Liga Malaysia yang kembali bersambung pada 26 Ogos 2020.
CIMB sebelum ini telah menandatangani perjanjian penajaan dengan MFL sebagai penaja utama bagi saingan liga elit tempatan, Liga Super Malaysia, dan juga perlawanan pembuka tirai, Piala Sumbangsih pada 10 Februari 2020.
Penajaan itu turut menyaksikan ia adalah julung kali CIMB menjadi rakan penaja Liga Malaysia.
CIMB bukan satu nama asing dalam dunia bola sepak tempatan selepas bergerak aktif selama lebih dari satu dekad membangunkan pemain bola sepak yang bercita-cita tinggi di peringkat akar umbi menerusi cabang sosial korporatnya, Yayasan CIMB.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan