Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 20 Ogos 2020

Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin semalam mengadakan pertemuan bersama editor-editor sukan media tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya.#MFL

Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin semalam mengadakan pertemuan bersama editor-editor sukan media tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Majlis minum petang itu juga dihadiri Ahli Lembaga Pengarah MFL iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Joehari Ayub dan Christopher Raj serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.
Pertemuan itu cukup bermakna dengan kehadiran Editor Sukan The Star, Rajes Paul, Ketua Bahagian Kandungan Astro Arena, Nicholas John, Pengurus Pengarang Bahagian Berita Astro, Ahmad Khawari Isa, Editor Sukan Harian Metro, Abdul Manan A. Samad, Penolong Editor Sukan Berita Harian, Amirullah Andi Nur, Editor Sukan TV3, Abdullah Sani, Editor Sukan News Straits Times, Chan Wai Kong, Editor Sukan Sinar Harian, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi, Editor Sukan Utusan Malaysia, Norzie Mohd Khasbi, Editor Sukan BERNAMA, Elmi Rizal Elias, Ketua TV Bernama TV, D. Arul Rajoo dan Editor Sukan RTM, Faisal Jamal.
Pihak MFL mengambil peluang untuk memberikan maklumat terkini mengenai perjalanan Liga Malaysia musim 2020 serta penerangan mengenai beberapa isu yang dibangkitkan khususnya membabitkan pasukan-pasukan yang bertanding.
Selain itu, editor-editor sukan yang hadir turut berkongsi pandangan dan idea kepada MFL mengenai perkara-perkara yang mampu memberikan impak positif kepada imej Liga Malaysia dan bersedia terus memainkan peranan bersama-sama dalam merancakkan lagi perkembangan sukan nombor satu negara ini menerusi maklumat yang disalurkan kepada penyokong bola sepak tempatan.
Jelas pendekatan komunikasi dua hala itu diambil bagi memastikan peranan media tempatan dalam usaha mengangkat nilai Liga Malaysia sentiasa dihargai oleh pihak MFL.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk, meja dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk, teks yang berkata 'MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE D CIMB @unifı AirAsia 100 PLUS'


Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk, meja dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, meja, skrin dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk, meja dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, sut dan dalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan