Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 5 Ogos 2020

Potong mata tak takutkan pasukan Liga M

LEGENDA bola sepak negara, Khalid Ali. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Bukan setakat potong mata, tetapi pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menghadapi masalah tunggakan gaji perlu disingkirkan ke liga bawahan.
Pendapat itu disuarakan legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang menegaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengenakan hukuman lebih 'keras' sekali gus mampu menjadi pengajaran terbaik buat mereka.
"Perkara ini benda sama setiap tahun dan apa yang saya lihat, FAM sangat tegas dalam melaksanakan keputusan pemotongan mata. Pemotongan mata ini perlu dilaksanakan agar pasukan dan kelab ini sedar dalam berbelanja.
"Dari apa yang saya lihat, kebanyakan pasukan berbelanja mengikut kemahuan dan tidak bersandarkan bajet terutama dalam bab menawarkan gaji terlalu lumayan kepada pemain hingga akhir sekali memakan diri sendiri.
"Jadi, pasukan dan kelab ini perlu dikenakan tindakan lebih tegas contohnya menurunkan liga mereka," katanya.
Sebagai rekod, hukuman pemotongan bukanlah satu keputusan yang asing buat badan induk itu kerana beberapa pasukan pernah berdepan hukuman sama sebelum ini antaranya Kelantan, PDRM dan Melaka.
Semalam, FAM mengenakan hukuman pemotongan tiga mata serta-merta kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) susulan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan oleh mereka bagi kes yang diputuskan oleh Jawatankuasa Status FAM sebelum ini.
Keputusan itu menyaksikan skuad The Warriors terus dirundung malang untuk memulakan kembali saingan Liga Perdana musim ini apabila pemotongan mata menyaksikan mereka kini hanya tinggal satu mata.
Malah, situasi lebih buruk selepas mereka kehilangan tiga pemain yang mengangkat kaki kerana tidak menerima gaji lebih empat bulan iaitu pemain import, Kang Seung Jo dan dua pemain tempatan iaitu Wan Afiq Kasbi dan Afiq Azwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan