Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 29 Ogos 2020

Pengambilalihan pasukan Kelantan adalah menerusi Team Red Warriors Sdn Bhd, bukannya KAFA.

KAFA sudah tiada kaitan dengan pasukan Kelantan


Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengumumkan bahawa proses pemisahan FA ke FC sudah berada di peringkat akhir.
Menurut kenyataan, KAFA telah menyerahkan kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penubuhan kelab bola sepak kepada FAM.
“Nama kelab yang dicadangkan adalah “Kelab Bola Sepak Kelantan” [Kelantan Football Club]. Kelulusan kelab ini akan dimaklumkan oleh FAM dalam bulan September 2020,” kata kenyataan rasmi Kelantan FA.
“KAFA juga telah menubuhkan satu syarikat iaitu Team Red Warriors Sdn. Bhd di mana syarikat ini diberi hak dan tanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan Kelantan FC.
“Dengan ini maka KAFA dan juga Kelantan FC akan terpisah dan masing-masing mempunyai legal entiti yang berbeza di mana KAFA tidak lagi mempunyai apa-apa hak dan tanggungjawab ke atas Kelantan FC dan Kelantan FC juga tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan KAFA.”
KAFA memberitahu, Kelantan FC juga tidak terikat dengan bebanan hutang-hutang KAFA.
“Peranan KAFA selepas ini hanyalah melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan bola sepak seperti, antara lain, menganjurkan pertandingan liga tempatan antara persatuan bola sepak jajahan, pertandingan bawah umur, kerjasama dengan MSSK, klinik bola sepak dan lain-lain.”
Kata KAFA, soal kewangan Kelantan FC diuruskan sepenuhnya dibawah Team Red Warriors Sdn Bhd.
“Peranan syarikat Team Red Warriors Sdn. Bhd. adalah menguruskan Kelantan FC secara keseluruhannya termasuk mencari pemain-pemain, jurulatih, penggajian, membayar kos-kos pengurusan pasukan, perlawanan dan sebagainya.”
Justeru, pengambilalihan adalah menerusi Team Red Warriors Sdn Bhd, dan bukannya KAFA.
“Isu yang timbul dalam seminggu dua ini berkenaan penjualan pasukan bola sepak pada hakikatnya adalah penjualan dan pengambilalihan syarikat Team Red Warriors Sdn. Bhd., bukannya pemgambilalihan dan penjualan KAFA itu sendiri.
“Mana-mana pihak yang ingin membeli dan mengambil-alih pasukan bola sepak Kelantan hendaklah membeli saham-saham dalam syarikat tersebut dan seterusnya mendapat hak untuk menguruskan Kelantan FC dalam musim 2021.
“Apabila ini berlaku maka pihak berkenaan akan mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya ke atas Kelantan FC tanpa penglibatan KAFA lagi.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan