Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Ogos 2020

Peminat boleh mengundi gol Safawi sehingga tarikh akhir undian yang akan ditutup pada 28 Ogos Ini.

[VIDEO] Gol Safawi Rasid tercalon Gol ACL Terbaik Sedekad


Gol yang dijaringkan pemain JDT, Safawi Rasid pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika bertemu Shandong Luneng tahun lalu tercalon sebagai salah satu Gol Terbaik Sepanjang Dekad.
Ini selepas gol Safawi dinobat sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019 sekali gus menewaskan beberapa pencabar lain termasuk bintang Brazil, Oscar.
“Penyerang itu menunjukkan kebolehan melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang dan menghasilkan jaringan berkualiti”, menurut AFC.
AFC turut menasihatkan peminat supaya mengundi segera kerana tarikh akhir undian akan ditutup pada 28 Ogos.
Hanya lima gol dengan jumlah undian tertinggi akan terpilih untuk undian peringkat akhir yang akan diadakan pada bulan depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan