Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

Pemain pertahanan itu percaya Pahang boleh mencipta kejutan dan meraih tiga mata di laman sendiri.

Faisal Rosli: Saya yakin Pahang boleh tewaskan JDT


Faisal Rosli yakin Pahang tetap mampu memberikan saingan kepada JDT, apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super di Kuantan, Jumaat ini.
Ini meskipun kehilangan beberapa pemain utama termasuk Khalil Khamis yang masih terkandas di Lebanon.
Malah, pemain pertahanan itu percaya Pahang boleh mencipta kejutan dan meraih tiga mata di laman sendiri.
“Fokus utama kami ketika ini ialah mempertingkatkan persefahaman,” katanya kepada Harian Metro.
“Tahap kecergasan juga diberikan penekanan untuk memastikan kemenangan memihak kepada Pahang.”
Pada masa sama, Faisal mahu memastikan barisan penyerang JDT tidak dapat menembusi pertahanan Pahang.
“Pihak lawan sudah pasti mahu meraih tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan mereka di persada Liga Super.
“Oleh itu, harap kami dapat mengutip tiga mata dan sedia mengekang asakan JDT yang diterajui penyerang sensasi mereka, Safawi Rasid.
“Pada masa sama, jentera serangan Pahang diharap lebih padu untuk membolosi gawang Harimau Selatan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan