Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Ogos 2020

Pahang optimis JDT pulang kecewa

Faisal janji skuad Tok Gajah pamer aksi meyakinkan.

KUANTAN: Pemain pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli percaya skuad Tok Gajah mampu menyaingi Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.
Faisal atau Tocang berkata, prestasi semasa Harimau Selatan itu tidak mengganggu misi skuad Tok Gajah untuk mengutip tiga mata di halaman sendiri.
"Ketika ini segalanya mengikut perancangan jurulatih (Dollah Salleh) dan diharapkan kami dapat beraksi pada prestasi yang terbaik sebaik Liga Super bersambung.
"Fokus utama ialah mempertingkatkan persefahaman dan tahap kecergasan juga diberikan penekanan untuk memastikan kemenangan memihak kepada Pahang.
"Kami akan mempamerkan persembahan meyakinkan kerana lawan sudah pasti mahu meraih tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super," katanya.
Ditanya keterujaan selepas lima bulan tidak beraksi susulan penularan wabak COVID-19, Faisal tidak sabar untuk membantu skuad itu beroleh kemenangan.
Katanya, tempoh rehat panjang yang dirasai pemain sudah pasti membuatkan semua mahu memberikan yang terbaik.
"Justeru, saya harap kami dapat mengutip tiga mata dan sedia mengekang asakan JDT yang diterajui penyerang sensasi mereka, Safawi Rasid.
"Pada masa sama, jentera serangan Pahang diharap lebih tajam untuk membolosi gawang Harimau Selatan," katanya.
Selepas empat perlawanan, Pahang berada di kedudukan keempat dengan mengutip enam mata selepas merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan