Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Ogos 2020

MUSA mahu daftar logo baharu


MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sedar mengenai logo baharu Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) yang tular dan dipertikaikan sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat khususnya penyokong setia skuad Hang Tuah.
Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden MUSA, Datuk Sulaiman Md Ali berkata logo itu bakal digunakan secara eksklusif oleh MUFC yang akan diswastakan sepenuhnya dan sekiranya pemilik baharu ingin mengubah logo itu ia adalah hak mutlak pemilik mereka.
"Justeru, MUSA akan mengambil segala tindakan undang-undang yang perlu dan wajar bagi memastikan logo baharu MUFC itu dapat digunakan secara sah," katanya.
Beliau berkata, mengikut semakan awal yang dilakukan, logo pokok Melaka yang menjadi pertikaian terbabit masih belum dipatenkan oleh mana-mana pihak di Malaysia.
Sulaiman berkata, pemilihan logo baharu MUFC yang berdasarkan lambang pokok Melaka dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.
Berikutan itu, MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu terbabit dan hanya selepas ia diluluskan, baru logo berkenaan akan diguna pakai.
Terdahulu, logo baharu yang dilancarkan MUSA itu menjadi tular dan dipertikaikan kerana didakwa sama dengan logo sebuah syarikat di Australia, Bare Blends.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan