Malaysian Football League (MFL) telah melakukan pemeriksaan ke atas Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, venue pasukan CIMB Liga Super, PDRM dan pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, venue Terengganu FC II (Liga Premier).
Pemeriksaan yang sentiasa menjadi amalan MFL sejak daripada dahulu lagi adalah sebagai usaha untuk memastikan keadaan padang, lampu limpah dan lain-lain kemudahan stadium berada dalam keadaan terbaik sebaik tirai Liga Malaysia kembali bersambung pada 26 Ogos 2020 ini.
Selaras dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengelola Liga Malaysia, setiap pasukan haruslah memastikan stadium atau venue perlawanan wajib berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan disahkan oleh MFL.
Setiap pasukan dikehendaki menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi terutamanya kawasan-kawasan tumpuan seperti pintu masuk, bilik persalinan, bilik pengadil, bilik sekretariat, bilik komisioner perlawanan, bangku simpanan, bangku pegawai, bilik media, bilik mesyuarat, tandas dan surau.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan