Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 5 Ogos 2020

Luqman tandatangan kontrak esok

Pemain bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin bercakap kepada wartawan ketika menjalani sesi latihan di padang Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). - Foto Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya akan menandatangani kontrak secara rasmi bersama KV Kortrijk, esok.
Majlis menandatangani kontrak akan diadakan di ibu negara dan akan turut disertai pemilik kelab Belgium itu, Tan Sri Vincent Tan.
"Akan diadakan majlis menandatangani kontrak antara penyerang bawah 19 (B-19) tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin dan kelab bola sepak Belgium, KV Kortrijk untuk memulakan karier profesionalnya di Eropah.
"Pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan akan hadir dan duta besar Belgium, Pascal Gregoire sebagai tetamu kehormat," kata satu jemputan yang dihantar kepada media, hari ini.
Pada September lalu, Luqman yang juga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Belgium itu.
Bagaimanapun, kontrak itu dilaporkan hanya termeterai selepas Luqman berusia 18 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan