Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Ogos 2020

Luqman kena sumbat gol, jadi wira Malaysia

Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin memperagakan jersi KV Kortrijk bersama pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan sambil disaksikan Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal Gregoire selepas menandatangani pada Majlis Menandatangani Perjanjian Luqman Hakim Shamsudin dan KV Kortrijk di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin memperagakan jersi KV Kortrijk bersama pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan sambil disaksikan Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal Gregoire selepas menandatangani pada Majlis Menandatangani Perjanjian Luqman Hakim Shamsudin dan KV Kortrijk di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
KUALA LUMPUR: Pemilik kelab bola sepak profesional KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan mahu Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan seberapa banyak gol untuk pasukan.
Taikun perniagaan berusia 68 tahun itu berkata tugas seorang penyerang adalah menjaringkan gol.
"Jika beliau dapat peluang beraksi di sana, saya harap beliau jaringkan gol supaya boleh jadi wira Malaysia. Sebagai penyerang kalau tidak masuk (jaringkan gol) orang tak kenal siapa kita. Menjaringkan gol tugas utama penyerang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak antara Luqman Hakim dan KV Kortrijk, di sini, hari ini.
Termeterainya perjanjian itu, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berkenaan sah menjadi pemain KV Kortrijk dengan kontrak lima tahun sekali gus menjadi pemain bola sepak pertama dari Malaysia yang beraksi di liga divisyen utama Eropah.
Menurut Vincent, beliau terpaksa meyakinkan pihak pengurusan yang berpendapat pemain kelahiran Kota Bharu itu terlalu muda untuk diberikan kontrak profesional.
"Pada mulanya, mereka (KV Kortrijk) tidak bersetuju kerana dia masih muda tetapi saya katakan, kalau saya sebagai pemilik tetapi tidak boleh buat sedikit keputusan, jadi bagaimana? Saya sebagai pemilik dari Malaysia mahu beri peluang kepada seorang pemain Malaysia main untuk pasukan ini.
"Mereka perlu beri Luqman peluang. Jika tidak kesebelasan utama, pemain gantian pun boleh kerana kita mesti beri dia peluang. Kalau tidak diberi peluang, bagaimana mereka boleh kata tidak boleh? Jadi, selepas itu mereka setuju," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan