Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 27 Ogos 2020

Luqman jaringkan gol pada penampilan pertama untuk KV Kortrijk U-21

Luqman jaringkan gol pada penampilan pertama untuk KV Kortrijk U-21

Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas, setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu KV Kortrijk. Gambar/ Facebook@luqmanhakim9fans
KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak remaja sensasi Luqman Hakim Shamsudin mencatatkan rekodnya tersendiri di Eropah selepas berjaya menjaringkan satu gol pada penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk Bawah-21 dalam perlawanan menentang pasukan KRC Gent.
Pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu itu, dilihat merampas bola daripada pemain pertahanan lawan, sebelum merembat bola melepasi penjaga gol KRC Gent, dalam satu video disiarkan di laman sosial KV Kortrijk.
Bagaimanapun KV Kortijk tewas 1-4 dalam perlawanan pertama Luqman Hakim selepas menjalani kuarantin 14 hari.
"Hakim Luqman, jaringkan gol pertamanya di Eropah untuk U-21 kita (@kvkjeugd) dalam kekalahan 1-4 ketika menentang KRC Gent. Tahniah, Hakim!," dalam hantaran Facebook dan Twitter kelab tersebut.
Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas, setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan