Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 27 Ogos 2020

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan mengucapkan selamat bertanding kepada semua pasukan yang akan kembali mengharungi kempen Liga Malaysia bermula esok.#LigaMalaysiaKembali

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan mengucapkan selamat bertanding kepada semua pasukan yang akan kembali mengharungi kempen Liga Malaysia bermula esok.
Selepas saingan Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan sejak 16 Mac lalu akibat penularan pandemik COVID-19, esok adalah saat yang amat dinanti-nantikan buat semua penyokong bola sepak tempatan.
Dato’ Ab Ghani berkata, beliau optimis pasukan-pasukan berada dalam keadaan bersedia selepas persiapan rapi yang menyaksikan 34 perlawanan persahabatan pasukan CIMB Liga Super dan Liga Premier yang telah diluluskan oleh MFL berjalan lancar dan berakhir pada 19 Ogos 2020.
Apa yang pasti, Dato’ Ab Ghani memuji setiap komitmen sebahagian besar pasukan yang mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Fasa 1 dan 2 COVID-19 yang ditetapkan namun MFL mendapati ada beberapa kelemahan berlaku dalam pelaksanaan itu dan surat surat peringatan sudah dihantar kepada pasukan berkenaan.
Kelancaran dua perlawanan tertunda antara PJ City menentang Terengganu FC (CIMB Liga Super) dan UKM FC menentang Kelantan (Liga Premier) yang berlangsung pada 22 Ogos lalu menambah keyakinan MFL untuk melihat saingan Liga Malaysia berlangsung dengan jayanya.
“Di sini saya mewakili Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Ahli Lembaga Pengarah dan Sekretariat MFL ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia bagi musim 2020.
“SOP COVID-19 Liga Malaysia telah diikuti dengan baik oleh semua pasukan kecuali ada beberapa kecuaian perlaksanaan beberapa pasukan telahpun dihantar surat peringatan.
“Saingan Liga Malaysia yang disambung semula sejak ditangguhkan pada 16 Mac lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya akan berlangsung sengit kerana berbaki tujuh perlawanan bagi CIMB Liga Super bakal menentukan siapakah juara, wakil negara ke pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
“Selain daripada itu, perlawanan Liga Malaysia juga bakal mencetuskan debaran bagi CIMB Liga Super dan Liga Premier kerana ia juga kelayakan untuk merebut slot ke saingan TM Piala Malaysia.
“Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekali lagi selamat maju jaya kepada pasukan bertanding dan suka saya mengingatkan kepada pasukan-pasukan supaya sentiasa mematuhi SOP COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.
“Tidak dilupakan juga kepada pengadil, komissioner perlawanan dan kesemua petugas, saya ingin mengucapkan selamat bertugas.
“Ingatlah bawah semua pemain, pegawai dan petugas di setiap venue adalah ‘frontliners’ Liga Malaysia,” katanya.

Imej

Tiada ulasan:

Catat Ulasan