Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 22 Ogos 2020

Kelantan lepas geram


KELANTAN mempamerkan taring dengan membelasah UKM 5-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN


UMPAMA melepaskan geram selepas berehat hampir lima bulan ekoran pandemik Covid-19, pasukan Kelantan tampil dengan aksi cukup sempurna apabila mudah membelasah UKM FC 5-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.
Aksi Liga Malaysia (Liga-M) yang disambung semula selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) berjaya meraih tiga mata sekali gus memberi tamparan hebat buat UKM FC.
Kelantan yang dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah nyata lebih bersedia menghadapi aksi itu dengan pelawat terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi sentuhan Hakimi Abdullah pada minit ke-19.
Jaringan itu berpunca daripada sepakan percuma cantik yang diambil Hakimi yang tepat menuju ke sasaran buat menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Remezey Che Ros.
Skuad 'The Varsity Boy' yang dibimbing Sulaiman Hussin kembali mengikat kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan penyerang import dari Nigeria, Akanni Sunday pada penghujung babak pertama.
Memasuki babak kedua, pelawat menyusun kembali permainan dan berjaya mendahului sekali lagi dengan gol kedua Hakimi di minit ke-52.
Bekas juara Liga Super sebanyak dua kali (2011 & 2012) itu terus selesa mendahului dan kali ini menerusi ledakan penyerang dari Nigeria, Felix Chidi Odili pada minit ke-65 sebelum dia menambah gol kedua peribadinya 10 minit kemudian.
Hakimi melengkapkan hari gemilang Kelantan dengan gol kelima yang juga hatrik pertamanya musim ini di minit ke-88 untuk membolehkan skuad TRW memperbaiki kedudukan dipertengahan liga selain menenangkan seketika kem pasukan yang dibelenggu masalah tunggakan gaji.
UKM FC pula kekal di kedudukan kelapan dengan hanya meraih empat mata selepas sebelum ini menang 2-1 sekali ke atas Kuching FA pada 29 Februari lalu selain tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan (10 Mac) dan seri tanpa jaringan dengan JDT II (14 Mac).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan