Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 22 Ogos 2020

Kelantan 'kuliahkan' UKM FC


Pemain Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat (dua kanan) melakukan percubaan ketika menentang UKM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - NSTP/Eizairi Shamsudin

SELAYANG: Masalah tunggakan gaji yang didakwa masih membelenggu Kelantan tampak tidak mempengaruhi semangat pemain The Red Warriors (TRW) selepas membelasah UKM FC 5-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.
Aksi pertama Liga Malaysia (Liga M) selepas lima bulan tertangguh akibat COVID-19 juga menyaksikan kebiasaan baharu terpaksa dijalani semua pihak di stadium dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Selain aksi tanpa penonton, kebiasaan baharu lain yang terpaksa dilalui termasuk pemeriksaan suhu individu sebelum memasuki stadium, penjarakan sosial dan pemain simpanan juga dilihat diletakkan di ruangan bangku penonton.
Pada awal bulan ini, TRW dipotong tiga mata oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kegagalan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.
Namun, kemenangan ke atas UKM FC menyaksikan skuad bimbingan Yusri Che Lah itu kembali mengumpul empat mata selepas empat perlawanan.
Pemain UKM FC, Ignatius Adukor (kanan) diasak pemain Kelantan, Lazarus Kaimbi pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pemain UKM FC, Ignatius Adukor (kanan) diasak pemain Kelantan, Lazarus Kaimbi pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Muhamad Hakimi Abdullah membuka tirai jaringan Kelantan pada minit ke-27, sebelum Akanni Sunday menyamakan kedudukan buat UKM selepas menyudahkan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.
Muhamad Hakimi yang bermain di posisi sayap kiri sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak gol kedua pada minit ke-52.
Pemain import, Felix Chidi Odili kemudian meletakkan TRW dalam kedudukan selesa selepas meledak dua gol pada minit ke-65 dan 79.
Tidak cukup dengan itu, hari gemilang TRW dilengkapkan dengan jaringan hatrik Muhamad Hakimi pada minit ke-88.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan