Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 6 Ogos 2020

Ia sebagai persiapan sebelum berdepan Perak dalam perlawanan Liga Super pada 26 Ogos ini.

Melaka United adakan tiga perlawanan persahabatan


Melaka United akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan bersama PDRM FA pada 8 Ogos, UiTM FC (14 Ogos) dan Felda United FC (19 Ogos).
Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata ia sebagai persiapan sebelum berdepan Perak dalam perlawanan Liga Super pada 26 Ogos ini.
“Latihan berjalan lancar daripada mula kita dibenarkan turun padang, biarpun ia agak terhad mengikut SOP bagi membendung penularan COVID-19, namun pemain dapat menerima serta mengikuti dengan baik latihan yang diberikan,” katanya kepada Bernama.
“Saya tidak nafikan prestasi sedikit terjejas kerana mereka tidak bermain bersama dalam tempoh yang agak lama, namun perlu cepat mencari keserasian dan membentuk pasukan ini.”
Melaka United merupakan salah satu pasukan yang dipotong tiga mata kerana gagal membayar tunggakan gaji pemain mengikut tempoh yang ditetapkan dan kini menduduki tangga ke-11, sekali gus perlu memenangi perlawanan sebanyak yang mungkin untuk mengelakkan diri daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan